Khamis, 18 Disember 2008

Cinta....Apa kesudahanye

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu. Cinta itu lahir dari manusia lahir lagi.... tapi kita tidak sedar akan cinta itu.....cinta kepada Ibu....adakah kita sedar akan cinta tersebut?Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis adat dalam bercinta. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta.....bila dan dimana kesudahnya? aku pun jadi pening.... jika cinta yang lahir dari NAFSU maka apa kesudahnya...Cuba ANDA FIKIRKAN? .CINTA.... DI MANA NILAI NYA? ......CINTA.... DI MANA KETULUSAN NYA?....CINTA.... DI MANA SUCINYA ?.... Inilah jawapannya

Andai di tanya hati ini sejauh mana teguhnya ikatan cintaku akan ku terangkan pada mereka cintaku takkan layu takkan pudar di telan zaman. Andai di tanya diri ini seteguh mana pegangan cintaku akan ku bilang pada mereka aku kan jadi sesetia Hang Tuah relaku korban demi pertahankan kesetiaan. Tapi sejauh mana kebenaran itu untuk kita mempertahankan cinta sedangkan kita sendiri tahu bahawa kita hanya manusia biasa yang sentiasa leka dan lalai. Aku tak mahu jadi hamba cinta aku tak rela diperbodohkan oleh cinta namun aku mahu jatuh cinta dan aku mahu terus dicinta jadi, apakah erti cinta ini jika kita si pencinta sendiri ragu pada cinta wahai pencinta,sesungguhnya hidup mu penuh dengan pembohongan pembohongan pada perasaan cinta dan perasaan pembohongan pada mereka yang menagih cinta kerana kamu sendiri tak tahu apa itu cinta....